Sunday 28 August 2016

Why I love Tumblr mucho mucho~

( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته
 بسم الله الرحمن الرحيم



[source

Bagi aku, Tumblr ni ada satu kuasa. 
Bila aku sedih, down, kecewa dan sebagainya, aku akan bukak Tumblr. 
Sebabnya, banyak kata-kata yang boleh menyembuhkan hati aku. 
Yang bagi kekuatan untuk aku hadap masalah-masalah aku. 

Terima kasih Allah sebab kurniakan aku mereka-mereka, 
si strangers yang aku tak kenal sebagai perantara untuk menyembuhkan luka kat hati ni.

Blessed :')

Jemput lawat dan follow Tumblr aku. 
InsyaAllah banyak benda berguna yang anda-anda akan dapat dari Tumblr. 
{ehem,, bukan tumblr aku saja :3}

Friday 26 August 2016

Menu minum petang : Donut

Assalamualaikum.
Tadi, terasa-terasa kat mulut ni nak makan donut 😂. Pastu terus gugel resepi donut.

So, cari-cari resepi, jumpalah resepi yang berkenan di hati ni [SINI]

Blog tu best sebab siap ada gambar cara buat donut tu. Tapi aku tak ikut 100% pon 😌
Sebab bahan tak cukup, dan tersilap masuk bahan. Yang tak dak kat rumah ni, susu pekat, so aku tak letak. Pastu sepatutnya masuk baking powder, aku gi letak soda bikarbonat. Tapiiiii, nadi baik jadi jugak 😋🍩



Rasa okey la untuk first timer cam aku ni. First time buat donat!

Adios 😊
posted from Bloggeroid

SimpleHijab latest product!

( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته
 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Jumuah. Alhamdulillah hujan. Dah berapa hari hujan. Peluang untuk kita banyakkan berdoa sebab waktu hujan ni salah satu masa terbaik untuk berdoa.

Hah, dah lama kan tak update pasal SimpleHijab. Ni antara produk yang dijual oleh SimpleHijab:

1. Lovelia (Instant shawl 2 muka)


Lovelia in dark grey 1.jpg Lovelia in rosy brown 3.jpgLovelia in medallian yellow 1.jpg



Kalau nak tengok lagi warna-warna yang available, boleh ke SimpleHijab :D

2. ELOISA 

Eloisa In Deep LavenderEloisa In Ginger JarEloisa In MustardEloisa In CyanEloisa In Pink Bloom


Eloisa ni instant shawl satu muka. Yang ni lagi banyak warna. Memang rambang mata kalau tengok sebab semua cantik-cantik. Kalau nak cuci mata, sila terjah SimpleHijab cepat-cepat ^^

Jemput la singgah ke SimpleHijab yaa. Kalau beli, alhamdulillah, bertambah rezeki saya :')
Saya doakan rezeki anda-anda pon bertambah. Aminnn ^__^


Wednesday 24 August 2016

Mirrorless camera hunting ^^//

Assalamualaikum.
Aku ni minat sangat fotografi. Ada cita-cita nak beli kamere sendiri. Doakan 😇

Tapi buat masa ni bajet tak mencukupi untuk beli kamere yang mahal-mahal. Aku hanya target untuk ada satu mirrorless camera. Sebab dia comel 🙊, ringan senang nak bawak tapiiii kualiti setanding dslr 📷.

Sekarang aku cari yang secondhand ja. Sebab niat aku nak belajaq dulu bagi pro 😏, bila dah 'kaya' dan pro, baru beli yang lagi canggih.

So, aku tengah aim used camera kat kldslr. Doakan aku cukup duit untuk beli. Nak sangat 😂



Moga niat aku ni diperkenankan oleh Allah. Aminn 😊😊

posted from Bloggeroid

Saturday 20 August 2016

Menu minum petang : Churros

Assalamualaikum.

Biarlah gambar yang berbicara 😂



P.s: Resepi berasal dari youtube 😄

posted from Bloggeroid

Tuesday 16 August 2016

Effect tukar ke 'HTTPS'

( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته
 بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum ni blogwalking, pastu ternampak la link kat blog tu 'https', warna hijau pastu yang ada mangga tu kan. So, aku pon nak la tukar kat blog aku bagi selamat sikit. Hahah 

Lepas tukar tu, bila tengok blog keesokannya, aku punya chatbox hilang. Ada gak terpikir, sebab tukar ke 'https' tu ka. Tapi time tu tak terdetik lagi nak tengok kesahihannya sebab ingat maybe ada masalah internet lambat ka apa.

Malam ni, bukak la balik blog, tapi, tengok still takdak chatbox tu. So, try la tukar balik ke 'http'.
Lepas tukar tu tengok dah ada balik chatbox tu.


Sebelum ubah balik ke 'http'


Selepas ubah ke 'http'

Taknak la buang chatbox tu sebab aku rasa chatbox tu penting jugak bila ada orang blogwalking ke blog aku, aku boleh singgah ke blog dia balik. So, memang taknak buang chatbox tu.

Patut ka aku stick kat 'http' ja? Ada cadangan macam mana nak selesaikan masalah aku ni ;( ?

Saturday 13 August 2016

Menu minum petang : Kuih keria

Assalamualaikum.

Harini, ayah beli ubi keledek. Pastu teruih teringat nak buat kuih keria. Sebab dah lama nak buat tapi tak berkesempatan. Huhu. Yang tertarik nak buat tu sebab, kuih keria ni senang ja. Perlu 5 bahan ja.



1. Ubi keledek
2. Tepung gandum
3. Garam
4. Gula
5. Air

Cara-caranya mudah sangat. Rebus ubi sampai lembut (aku rebut dalam 15 minit), lenyek dan masukkan tepung gandum, bentukkan macam donut 🍩, goreng dan last sekali salutkan gula 😋.

https://youtu.be/T_mz89lzu1w

Untuk bahan tu aku agak-agak ja. Tak sukat pon. Bila agak-agak dah boleh bentuk, aku bentukkan la ☺

Boleh rujuk link kat atas tu kalau tak faham. Aku rujuk tu ja. Video dari youtube 😀

Selamat mencobaa 😉

posted from Bloggeroid

Friday 12 August 2016

My kind of detox ^^

Assalamualaikum. First time buat detox. Haha. Memang pakai campur ja buah-buah yang ada kat rumah ni. Tak tengok pon resepi (?).

Sukahati sajoo. Rasa dia,, agak tak boleh nak diterima :')
Sehari jugak nak habiskan. Padahal 500ml ja rasanya. Fail!



Detox pertama saya :

Green tea + epal hijau + timun

Betol tak tu dia punya bahan. Kang takut keracunan pulak XD

Green tea tu beli kat cameron highland haritu. Dah lama kat rumah ni, takdak orang minum. So, aku lah yang terpaksa habiskan. Hehehe.

Tengah menjaga permakanan. Bukanlah berniat nak kurus pon. Just nak menormalkan BMI ;)

Doakan saia 🙆

posted from Bloggeroid

Monday 8 August 2016

Novel for sale :)

( ^_^) السلام عليكم ورحمة الله وبركته
 بسم الله الرحمن الرحيم

Perasan tak aku ada iklankan pasal novel dekat bahagian tepi blog ni


Ada 6 novel yang aku nak letgo. Sebenarnya banyak lagi. Tapi tak sempat nak belek. Hehe. Tapi novel-novel ni pon sekarang kat rumah sewa aku dan aku kat kampung. So, kalau ada sis-sis yang nak boleh,, tapi kena tunggu aku balik sana la baru boleh pos. Harga kasih sayang :* 
Semua novel-novel insyaAllah condition macam baru. Sebab aku ni penyayang. Kikiki. Memang jaga elok novel. Ada novel yang lepas aku baca, aku masukkan balik dalam plastik. InsyaAllah puas hati kalau beli novel ngan aku ^^


Kalau bekenan boleh laju-laju PM aku kat facebook (Umi Kalsom Kamaludin) atau emailkan nombor telefon kat mika_ak08@yahoo.com 

:D 







Saturday 6 August 2016

Any suggestion??

( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته
 بسم الله الرحمن الرحيم

Seriously sekarang ni macam tak hidup ja blog. Tengah cuti sem macam sekarang ni pon malas nak update. Padahal bukannya ada buat apa-apa pon. Tak kerja pon. Lapang 24/7 kot. Mungkin menulis ni sebenaqnya takdak dalam darah aku. Hahah. 

Ada apa-apa petua tak nak bagi rajin menulis ni? Kot-kot terbuka hati aku. Hehe.

Nak update yang ni pon kekeringan idea. Hurmmm.