Saturday 29 August 2015

Tolonglah !

 السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Semenjak-semenjak aku aktif berblog balik ni, ada satu benda yang merisaukan aku.
Benda ni penah jadi dah dulu. Sampai aku private blog.
Dan sekarang ni jadi balik.
Ni masalah aku 


Aku jadi takut.
Normal ka benda ni ??
Aku pelik sebab ramai pageview akuu bukan dari Malaysia.
And, setahu aku la, aku berblog dalam bahasa melayu ja.
Tadak pon BI-BI ni.
Tak paham motif blog aku di'lawat' orang-orang luaq.
Serius, cering 

Padahal, kalau nak diikutkan, M'sia punya pageview sangatlah sikit.
Takkan la org M'sia yang dok luaq negara ramai sangat yang nak bukak
blog aku ni.
Bukannya ada info berguna sangat pon.
Cerita pasai hidup aku yang tak menentu ja pon.

Hmmm.
Harap-harap tadak apa yang tak elok.

Giveaway 1.0 by ENA

 السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Dah lama tak join GA! Ai is yeksaited bila nampak  entry GA ni . So nak join la. Hihi. Bukannya nak menang sangat pon. Tapi, nak menambah blogreader kenalan ja. Ihiks.

Kalau nak join jugak, klik BANNER atas ni 














Jom la ramai-ramai join. Baru meriah. GA ni dari 29 Ogos 2015 sampaiiiiii 8 Sept 2015.
Lama lagi kottt. So, apalagi kalian-kalian, join la reramai. Huhu  

Moh kita support Akak Ena sempena GA first beliau. Mana tau kot-kot menang. Ehhh 


Wednesday 26 August 2015

Terung Goreng Tepung

Assalamualaikum.

Penah makan tempura dak? Aku rasa terung goreng tepung ni sejenis tempura.
Ya ka dak ? 

Saja la buat TGT ni sebab ada terung kat rumah. Plus aku ni pechenta terung. Kuikui. Senang ja. Campuq- campuq tepung,, goreng dan ngap.
Hahah.


Aku guna tiga jenis tepung. Wow. Banyaknya. Ahahah. Tapi siki-sikit ja. Macam buat salut ja lah.
Aku guna tepung ; 

Beras
Jagung
Gandum

And, semua sikit-sikit saja.
Ohh, jangan lupa letak garam.
Pastu aku letak serbuk lada sikit bagi ada rasa.


Pastu, salut dengan serbuk roti dan goreng. Bolehlah nak makan dengan nasik ka, makan saja ka. Cicah sos.
Mmmm. Dapnya

 posted from Bloggeroid

Sunday 23 August 2015

Masa Depan

Assalamualaikum.

Ayah dok berharap aku dapat pointer tinggi. So, aku akan senang dapat gheja. And, aku pulak macam tak teringin pon nak gheja as apa yang aku belajaq sekarang ni.

Aku ada berangan angan nak buat bisnes. Tapi belum ada dalam otak lagi nak buat bisnes apa.

And tadi, teringat pasai jadi cikgu. Mmm. Aku rasa jadi cikgu sekarang mencabar sikit. Bukan senang. Dengan anak-anak murid yang ntah-ntah lagi advance dari cikgu.

Waktu temuduga ipg 2 tahun lepas, aku rasa aku boleh ja dapat. Cumanya, sebab aku tak bagi sijil, sebab tu kot tak dapat. Hahah. Perasan.

Apapon, apa yang Allah takdirkan untuk aku sekarang ni mestilah yang the best kan. Usaha lebih sikit pleasee. Sebab aku tau diri aku ni suka sangat main-main. Tak serius. Dalam lecture bantai tidoq, tak fokus.

Result yang OK tu pon satu ujian jugak. Mungkin nak menguji aku untuk aku teruih main-main or bersungguh-sungguh dalam belajaq.

Sem 3 ni mungkin patut lebih FOKUS. Takdak pengacau. Mmm.
And perlu dapat result yang Betterrrrrrr ! ان شاء الله !

Wassalam. Kbai.

posted from Bloggeroid

Thursday 20 August 2015

#GelijohSteps → Langkawi

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Vacay 3 hari 2 malam pi Langkawi. Next, tempat lain pulak. Hehe.

Kita mulakan vacay kitaa dengann 


SELFIEEEEE  !

Lepas sampai jeti Kuah dalam pukui 9.20 pagi, 2 orang pi amik keta sewa. Then, pusing-pusing nak cari Motel Charlie, dekat Chenang tapi tak jumpa . Berenti makan sat. Sarapan and tanya makcik kedai tu.

* Tiket feri Kuala Perlis - Kuah Rm18 
*Kereta sewa - Avanza Rm80/sehari 
*Charlie Motel - Rm 90+-/malam

Lepas dah jumpa motel apa semua, tunggu zohoq, lepastu gerak pi muzium 3D. Muzium 3D ni dekat area Cable car. So, kalau nak cari boleh ikut signboard pi Cable car. Pusing-pusing jugak la nak sampai situ pon. Masuk la bergambaq. Hahah. Yang tu ja pon boleh buat dalam tu. Tengok art. Nama betoi muzium tu, ART IN PARADISE bla bla bla. Panjang kot 




*Muzium 3D - Rm38, Rm30 (ada IC), tapi kami dapat Rm20 ja seorang 

Dah habis first day. Malam tu lepak-lepak ja dekat bilik and pi dok tepi pantai sat. Bukan nampak apa pon. Kelam gelemat. Hahah 

Second day, pi Island Hopping. Best jugak. Naik bott. Ada 3 tempat; Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding dengan Pulau Beras Basah.



Pulau Beras Basah


Eagle Feeding

Tasik Dayang Bunting


Dari pukui 9.30 pagi sampai pukui 1.30 petang jugak la. Lepastu, petang tu pi beli belah. Huhu. Beli belah sangat. Pi beli coklat pastu cari tshirt dua tiga helai.
Malam tu lepak dalam bilik jugak.
Malam memang tadak aktiviti sebab driver tak drive malam. Hahahaha 

Hari ketiga, pagi tu mandi manda kat pantai. Aku syorkan, kalau nak berenang, baik pi pagi. Tak ramai orang sangat. Boleh la suka hati sikit 




Dalam pukui 10 pagi lebih macam tu kami check out. Pi cari makan kedai yang sama dengan hari second. Sedap and murahhhh.

Pi jalan- jalan dekat Dataran Lang sebelum balik.





Pastu naik feri balik Kuala Perlis pukui 2.15 petang.

Alhamdulillah. Selamat pi dan selamat balik. Duit yang terbang tu takyah kira la. Sedih sangat . Hahahahah. Nanti-nanti pi tempat lain pulak . InsyaAllah 

Sunday 16 August 2015

Sedih.Marah.

  السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Ya Allah,, geramnyaa 
Novel aku sebuah lagi rosak !
Sebab tu aku tak suka bagi orang pinjam.
Bukan kedekut.
Tapi, SAYANG  !
Awat la orang tak gheti nak jaga harta orang lain leklok 

Aku punya la jaga leklok. Tamau bagi rosak. Baca pon bukak kecik-kecik ja.
Ni depa sekali baca, habih terkankang novel aku 

Memang aku nak juai perabih novel-novel aku tuh.
Baru tak sakit hati.
Lagipon, tadak tempat dah nak simpan.
So, dari kena makan dengan anai-anai or 
baik aku juai as preloved ja.

Mmm. 

Kbai