Sunday, 14 September 2014

Degree Life duhh

Assalamualaikum.
Hoi dah berapa lama dah dok terperap ja nak tulih entri.Padahai jadual tak lah padat mana pon.
Heheh.Ok la.Meh nak cerita satu saty walaupun yakin sangat aku takdak orang teringin nak baca pon.

1)Pendaftaran 1 September 2014.
Mula mula kan ada aku tulih,nak duduk bilik sekali dengan aku punya housemate dulu.Tengok tengok tarak boleh sebab kena duduk ikut course.Kuang kuang.Padan muka.Dah la waktu nak daftar tu baru nak cari gam nak lekat gambaq.Ayah tengok aku macam nak telan dah.haha.Maaf ayah T︵T
anakmu ini tak sengaja.
Pastu daftar-daftar,dapat bilik,pi la mengangkut barang masuk bilik.Dapat tingkat 3.hahah.Ok la tu sebab tingkat 1 dengan 2 untuk senior rupa-rupanya.Dah hantaq-hantaq barang,ayah pon balik la.
:| hurm tinggai la sorang.Psttt mujuq la dapat rumate sama course yang aku kenai.Heheh.


2)Orientasi a.k.a Minggu Taaruf
Subhanallah.Dugaan sangat aku rasa.Lepas daftar course untuk 2 sep tu,aku CEDERA!hahah.Efek mau gempak caplock giteww.Kihkih.
Alah,,sebenaqnya kaki aku naik gelembung kat jari hujung tu sebab pakai kasut baru.Adoiii,memeng sakit la.Takleh nak habaq.Haha.
Pastu mujuq la ada Kak Z yang baik hati pi habaq kat medik.Dan voleh dikatakan seminggu tu aku pakai sandal ja.Ahahah.Ada tanduk kat pala .
Pastu hari Khamis plak kena sengat tebuan.Adeh.Macam-macam.Aku terpijak masa nak semayang.
Dugaan lagi.Punya la panik.Pastu pi klinik kena cucuk.Nasib nasib.Mau bengkak gak la dua tiga minggu.
3)Kuliah 
Dan minggu ni pon mula la kuliah. Psttt,isnin lepas.Hahah.Okay la.Jadual pon tak padat.Banyak masa free.Tapi tak pasti la untuk masa masa akan datang kan.Haha.Sebab hari first kuliah pon dah dapat esaimen.
Apa apa pon harapnya aku boleb adapt kan diri dengan sempurna la masa degree life ni dan dapat FIRST CLASS DEGREE.AMINNNN.
HOYEAH!!!
wassalam.till meet again 
posted from Bloggeroid

Wednesday, 27 August 2014

RESEPI : cheesecake biskut - sebut 'ciskut'

kredit : CIK EPAL :)

Bahan-bahan:

#SUSU PEKAT - 1/2 tin
#CREAM CHEESE
pakai amik ja ni asal ada cop halal :p
#BISKUT HUP SENG
#NESTUM

#SUSU SEGAR
ikut suka la jenama apa.eheh
**SUKATAN IKUT SUKA  HATI SAHAJA.hehe
CARA-CARA:

1.Guna mixer,masukkan cream cheese.Putar seketika.
2.Masukkan susu pekat.Mix sampai sebati.
3.Rendam biskut dalam susu.

4.Susun dalam loyang.
5.Sapu cream cheese + susu pekat tadi di atas biskut.
6.Taburkan nestum.
7.Sambung buat layer by layer tadi sampai anda pueh hati.
8.Dah sampai layer atas,letak cream cheese tebal sikit.Baru yummeh!
9.Dah siap,simpan dalam peti barang sejam dua.Pastu dah boleh makan.

 
Bismillah...



Akhir kata,Wassalam :D

Thursday, 21 August 2014

Borang pengesahan pendapatan PDF


 ( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Aku sebenaqnya kena ada satu surat pengesahan pendapatan ni untuk PT.So,try la cari dekat internet.
Ada tu memang ada.Tapi sekali dengan logo.HMM.Makanya,aku download satu borang dari web dan edit.
Sesiapa yang nak,boleh lah download.Niat aku nak membantu orang-orang yang memerlukan borang ni.EHEh :P

Selamat mendownload :)

kredit: PENERAJU

Monday, 18 August 2014

Aku Juga Manusia by Amir Jahari

Lirik Lagu/ Lyrics:

Aku Juga Manusia - Amir Jahari

Ku termenung seorang diri
Ku menangis disebalik sepi
Ku mencari cebisan memori
Yang kunamakan misteri

Ku tertawa mendengarnya
Ku mengerti aku siapa
Ku tak peduli sebenarnya apa yang kau ada
Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a..
Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a..

Chorus:
Jangan kau menilai dari rupa
Kerna semuanya milik Dia
Hati ini akan ku jaga
Kerna ku hanya manusia biasa
Oo oo oo oo oo..

Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a..
Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a..

[Ulang Chorus] x2

Kerna ku hanya manusia biasa
Oo oo oo..

Kredit : lagubestbest.com

Thursday, 14 August 2014

Sakit gigi.

Assalamualaikum...

Sakit gigi.Lama dah ni berlubang.Kata nak gi klinik.Hmm.
Sedih.Makan ubat tahan sakit pon tak hilang sakit.
Sakitttttt.

Ya Allah,kurangkanlah sakit ni T.T

Wednesday, 13 August 2014

Sambung belajar : Degree @ USIM 2014

Assalamualaikum.
Dah sampai masa untuk belajaq balik.Fuhh.Awat dok rasa ngeri tak habih-habih taktau T.T
Rasa takut nak adapt dengan life baru,dapat kawan baru,
dok kk baru.
Aduh.Degree life ni bukan senang.Eheh.
Apapon mujuq la dah besa sikit dengan life kat USIM as a Tamhidian dulu.

Waktu daftar nanti sama la macam waktu tamhidi.
Pakaian bla bla.Yang pastinya ada orientasi.Arghhhh.Of course la kan.Huhu.

Ya Allah,permudahkan urusanku ;(
Amin.

Aku harap dapat dok dengan housemate KKNC dulu.Sebab dah kenai,dah mesra dah kan.
Hmm.
AMIN.Moga-moga dapat la.

Monday, 28 July 2014

عيد مبارك 1435h

Assalamualaikum.

الله اكبر
الله اكبر
الله اكبر
ولله حمد.

Ramadhan dah meninggalkan kita.
Moga tahun seterusnya,Ramadhan akan kembali.InsyaAllah,jika kita masih diberi nyawa foc dari Allah.

Harini,1 syawal 1435h sudah.
Hari kemenangan.

Moga moga ramadhan yang lepas memberi kesedaran dan perubahan dalam diri kita.
Terasa hipokrit ;(

Akhir kalam,SALAM IDULFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.

*gambaq takdak sebab takdak orang sudi amik gambaq aku.huhu.gambaq selpie ada la.hihi X)