Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Saturday, 19 March 2016

Hujung minggu produktif

Assalamualaikum ˊ▽ˋ

Pekabo? Sehat? Hahaha.


*meet cik terung dan kawan-kawan

Harini hari minggu, dan sebab aku bertugas harini, pegilah melawat anak-anak terunh yang baru lepas pindah minggu lepaih. Sepatutnya petang, tadi sebab susah nak dapat transport, aku pi ngan kawan aku yang bertugas pagi ni. *Sorry cik pembuat jadual kerana mengingkari jadual yang anda buat.

Tu pon pi dah lambat. Hahahaha. Patutnya kena check pokok tu kena ayaq dak. Takut-takut paip tersumbat, so pokok tak dapat ayaq. Tapi sebab pi lambat, so tak buat la keja tu. Kami menyapu daun kering ja. Huhu.

Doakanlah semua cik terung tu bagi buah. And, nanti nak pindahkan anak rockmelon plak. Nanti kita berkenalan ngan diorang plak eh.

Pokok-pokok ni bawah projek MyAgrosis Usim :)

Ikan keli pon ada jugak. Tapi baru letak anak-anak ikan kemarin. Lupa pulak nak amik gambar. Nanti la dah besaq sikit, baru best kan B)

Ok. Tu ja nak membebel.
Adios ˚D˚

posted from Bloggeroid

Tuesday, 10 November 2015

Unproductive MidSEm holidayyy

( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Hahah. Kalau ikutkan, aku ni memang selalu unproductive pon  Kahkah Hihihi. And, nak cakap yang cuti kali ni terasa cepat sangat. Seriously . Harini dah Selasa, Sabtu dah nak kena balik Nilai sana . Tak puasnya cuti. Walaupun hakikatnya, aku duduk rumah ni memang tak buat apa-apa pon. Menghabihkan beras ja.


[ Kredit ]
Maybe, sebab tak buat apa-apa kan, memang terasa cepat sangat la masa sekarang ni. Tambah, sekarang ni cuti deepavali, budak-budak tu tak mai la rumah aku. Tu yang aku tak aktif lansung tu. Kalau ada budak berdua tu boleh gak nak marah melayan 

And, pemalas pon ya. Hahah. Nak up satu entry pon, bertangguh lahai 

HashtagMohonDiberiKekuatanDanKerajinan HashtagKbai

Saturday, 17 October 2015

ص.ب.ر


Rasa diri dah tersangattttt susah, miskin, malang, banyak dugaan?

Allah takkan saja uji hambaNya. Ingat, ada orang yang jauh lebih berat dugaannya dari kita. Cuma kita yang tak nampak dan tak ambil tahu. 

Apa yang Allah aturkan tu dah cantik. Ada hikmahnya yang belum sampai masa untuk kita nampak. Walaupun, kadang-kadang, kita tak rasa pon hikmah yang kita dapat tu. Sebab kita rasa benda tu remeh. Kecik. Tapi, satu hari kita akan sedaq, dan bersyukur dengan hikmah yang Allah bagi tu :)

S.A.B.A.R :D