Showing posts with label spm. Show all posts
Showing posts with label spm. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

spm...spm..

Assalamualaikum!!
Alhamdulillah...aku masih hidup sampai ke hari ni..hari ni dah masuk seminggu sejak budak-budak batch 95 dapat result spm..

alhamdulillah...syukur..syukur..syukur~
bukan nak bangga yer..cuma nak share..boleh dak??

Tuesday, 19 March 2013

semoga aku redha..

Assalam and pis be upon you..
lusa means khamis,aku ngan kawan2 satu malaysia,batch 95 akan amik result SPM 2012..
buat masa nie tahap keketaran aku still tak tinggi..aku doa,mohon moga aku x ketaq and the most important aku akan REDHA dgn apa yang Allah tentukan ntuk aku...He knows best..


tapi,memang jauh dalam hati aku,aku berharap ntuk dapat keputusan yang the best...sekurang-kurangnya mampu buat parents aku happy,proud of me..

DAN the most thing is aku mampu ntuk jejak kaki kat UNIVERSITI as a mahasiswa...huhu..

InsyaAllah...sekarang apa yang aku mampu lakukan is doa,doa dan doa..
moga2 Allah makbulkan doa aku,hamba yang byk ada khilaf..

Monday, 18 March 2013

spm:3 days to go!

Assalam n pis b upon u!!

via:nur adilah azizan


SPM:


Semua ujian.
Jika berjaya. Diujinya Allah untuk kita menjadi orang yang bersyukur.

Jika gagal.
Diujinya Allah untuk kita redha dengan aturanNya yang Maha Teliti.

Boleh tak kau serahkan semua kat Allah.
Kau kena lah yakin yang Allah sentiasa ada untuk hamba hambanya.
Apa yang kau bakal dapat. Semua tu Allah yang bagi.
Cuba kau letakkan pergantungan kau SEPENUHNYA pada Allah!

Apa kau ingat 9A+/10A+/11A+ tu nikmat saja.
Ujian gak tu. Ujian untuk menilai sekadar mana kita mampu jadi orang yang bersyukur. Takabburkah kita selepas tu? Mutabaah amal kita bagaimana kemudiaannya? Walaweh. 9A+/10A+/11A+ itu gah di mata aku dan manusia.

Tapi bukan tiket utama masuk syurga pun ;P Najmil Faiz dahulu pun [Pelajar terbaik Asia] pernah gagal SPM.

Jaga-jaga!!
Bila berdoa.
Seharusnya.
Kita akan minta nak keputusan cemerlang lagi terbilang bukan?

Tapi.
Apa kata.
Kita doa minta Allah bagi perasaan redha terhadap apa yang kita dapat.
Redha tu kunci syukur kot. Nak jadi hamba yang bersyukur macam mana kalau tak redha. Redha tak bermakna tak perlu usaha.

Maksudnya.
Setelah berhabis tenaga berusaha. Redha dengan apa yang dapat. Sebab. Itu semua urusan Allah untuk uji kita..