Tuesday, 24 February 2015

Musim Panas

Sekarang ni cuaca panas terik.
Tak hujan. Tambah-tambah Nilai ni.
Rasa tak sihat tu tak payah cakap la. Memang rasa tak sihat 😂.

So, tipsnya, marilah minum ayaq masak bebanyak. InsyaAllah, terhindar dari penyakit.

Jangan cari penyakit kalau takmau sakit. Ahahahah.

May Allah bless 😃

P/s : sakit tu mengurangkan dosa. Yaa, aku banyak dosa T.T

Hidup

Hidup ni ujian.

Saturday, 21 February 2015

Kembali ke 'Sekolah'

Alhamdulillah. Sebulan dah cuti.
Cuti yang terbazir. Setiap hari are unproductive day. Hmm. Rasa lebih berat bahu kiri bila dok rumah. Kenapa? HAHA. Takkan nak bukak aib sendiri pulak kannn. Shame.

Tulat dah mula sem baru. Semester 2 dah. Cepat masa berjalan. Banyak yang berlaku. Samada nak ambik iktibar atau nak biaq berlalu centu saja. Ada otak , pikiaq!

Bolehkan diri untuk tak ulang silap yang sama. Saja cari penyakit. Lalai. Alpa. Leka. Ikut perasaan. Dan perasan. Padan muka.

SELAMAT DATANG SEM 2. MAY ALLAH BLESS 😃

*picture credit to Tumblr

Wednesday, 18 February 2015

Mengeluh

SAMPAI bila nak mengeluh?
SAMPAI bila nak teringat?
SAMPAI bila nak berangan?terbayang?

SEBAB banyaknya dosa T.T
Tak terhitung.
Sampai nak bertaubat pon asyik tak menjadi.
Ulang-ulang dosa yang sama.
Bersyukur hanya bila teringat.
Macam bermusim!

SEBAB tu asyik mengeluh.
Asyik rasa tak cukup.
Tak percaya takdir agaknya.
Tak reda agaknya.

MOGA ALLAH kabulkan doa hamba.
Hamba penuh dosa.
Nak kembali.

KEMBALI ke jalanNya
:)

Sunday, 15 February 2015

Happy 20th birthday !

Assalamualaikum,dunya!
Dah berapa lama tak dak entri??
Tak boleh jadi blogger betui 
Komitmen sikit pon takleh handle 
Biasalah,,kemalasan melanda 
Taktau bila nak rajin betui².
Hihi. Padahai kalau nak diikutkan,, banyak jaa topik² yang boleh jadi isi. Hehe. Maafkanlah diri sendiri ini 
Mmm.Tajuk lain tapi melencong kot lain.Tipikal heh.


YA. IAM twenty already. Alhamdullilah dan takziah.

* Semoga berkurang dosa.
* Reti nak bertaubat. Hmm.
* Semoga makin matang.
* Semoga berjaya fiDDunya wal Akhirah.
* Semoga TAK CEPAT MELATAH 
* Semoga jadi anak solehah.
* Semoga bertemu dengan yang soleh dan solehah.Ehh.

Apapon, kalau nak disenaraikan memang tak larat laa nak skrol blog yang memang takdak visitors ni.
*ayatKELING.


Maaf Salah dan Silap.Halalkan makan minum.

InsyaAllah 

Sunday, 14 September 2014

Degree Life duhh

Assalamualaikum.
Hoi dah berapa lama dah dok terperap ja nak tulih entri.Padahai jadual tak lah padat mana pon.
Heheh.Ok la.Meh nak cerita satu saty walaupun yakin sangat aku takdak orang teringin nak baca pon.

1)Pendaftaran 1 September 2014.
Mula mula kan ada aku tulih,nak duduk bilik sekali dengan aku punya housemate dulu.Tengok tengok tarak boleh sebab kena duduk ikut course.Kuang kuang.Padan muka.Dah la waktu nak daftar tu baru nak cari gam nak lekat gambaq.Ayah tengok aku macam nak telan dah.haha.Maaf ayah T︵T
anakmu ini tak sengaja.
Pastu daftar-daftar,dapat bilik,pi la mengangkut barang masuk bilik.Dapat tingkat 3.hahah.Ok la tu sebab tingkat 1 dengan 2 untuk senior rupa-rupanya.Dah hantaq-hantaq barang,ayah pon balik la.
:| hurm tinggai la sorang.Psttt mujuq la dapat rumate sama course yang aku kenai.Heheh.


2)Orientasi a.k.a Minggu Taaruf
Subhanallah.Dugaan sangat aku rasa.Lepas daftar course untuk 2 sep tu,aku CEDERA!hahah.Efek mau gempak caplock giteww.Kihkih.
Alah,,sebenaqnya kaki aku naik gelembung kat jari hujung tu sebab pakai kasut baru.Adoiii,memeng sakit la.Takleh nak habaq.Haha.
Pastu mujuq la ada Kak Z yang baik hati pi habaq kat medik.Dan voleh dikatakan seminggu tu aku pakai sandal ja.Ahahah.Ada tanduk kat pala .
Pastu hari Khamis plak kena sengat tebuan.Adeh.Macam-macam.Aku terpijak masa nak semayang.
Dugaan lagi.Punya la panik.Pastu pi klinik kena cucuk.Nasib nasib.Mau bengkak gak la dua tiga minggu.
3)Kuliah 
Dan minggu ni pon mula la kuliah. Psttt,isnin lepas.Hahah.Okay la.Jadual pon tak padat.Banyak masa free.Tapi tak pasti la untuk masa masa akan datang kan.Haha.Sebab hari first kuliah pon dah dapat esaimen.
Apa apa pon harapnya aku boleb adapt kan diri dengan sempurna la masa degree life ni dan dapat FIRST CLASS DEGREE.AMINNNN.
HOYEAH!!!
wassalam.till meet again 
posted from Bloggeroid