Tuesday, 13 September 2016

Aidiladha 1437H

Assalamualaikum. Menghilang lagi 😂
Sekarang ni dah masuk sem baru dah. Tu yang takdak mood nak up entry.

Seminggu balik Nilai sana, dah balik kampung balik. Alhamdulillah. Cuti seminggu untuk raya ni. Tapi kena ganti nanti 😑

Raya first penat gila 😣. Sebabnya aku sorang ja yang tinggal. Dua orang lagi abang-abang aku tu, yang boleh la nak diharap buat keja sat-sat. Sat jelah tapinya 😥


*Gambar amik dari sepupu, Kak Yon 😉

Alhamdulillah, tahun ni Ayah buat korban. Tahun-tahun lepas pon buat. Tapi tahun ni Ayah beli lembu sendiri.
So, buat la makan-makan. Ada sup, kerabu perut 😋, daging goreng kicap and ayaq asammmm 😋😋. #dapemmm

Alhamdulillah. Syukur dengan rezeki yang Allah bagi tu 😌.

Sepupu aku cakap, pengorbanan aku raya ni adalah dengan ketiadaan orang untuk tolong aku kat dapur. Boleh cakap 70% aku buat. Hahahah. Yang lain-lain, adalah bantuan dari sepupu-sepupu aku. So, semalam memang tak pegi dah beraya rumah mak sedara. Tak mampu dah. Lenguh kaki + mengantukk 😂

Apa-apapon, aku nak ucapkan TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM dan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN 😉🌸

posted from Bloggeroid

Sunday, 28 August 2016

Why I love Tumblr mucho mucho~

( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته
 بسم الله الرحمن الرحيم



[source] 

Bagi aku, Tumblr ni ada satu kuasa. 
Bila aku sedih, down, kecewa dan sebagainya, aku akan bukak Tumblr. 
Sebabnya, banyak kata-kata yang boleh menyembuhkan hati aku. 
Yang bagi kekuatan untuk aku hadap masalah-masalah aku. 

Terima kasih Allah sebab kurniakan aku mereka-mereka, 
si strangers yang aku tak kenal sebagai perantara untuk menyembuhkan luka kat hati ni.

Blessed :')

Jemput lawat dan follow Tumblr aku. 
InsyaAllah banyak benda berguna yang anda-anda akan dapat dari Tumblr. 
{ehem,, bukan tumblr aku saja :3}

Friday, 26 August 2016

Menu minum petang : Donut

Assalamualaikum.
Tadi, terasa-terasa kat mulut ni nak makan donut 😂. Pastu terus gugel resepi donut.

So, cari-cari resepi, jumpalah resepi yang berkenan di hati ni [SINI]

Blog tu best sebab siap ada gambar cara buat donut tu. Tapi aku tak ikut 100% pon 😌
Sebab bahan tak cukup, dan tersilap masuk bahan. Yang tak dak kat rumah ni, susu pekat, so aku tak letak. Pastu sepatutnya masuk baking powder, aku gi letak soda bikarbonat. Tapiiiii, nadi baik jadi jugak 😋🍩



Rasa okey la untuk first timer cam aku ni. First time buat donat!

Adios 😊
posted from Bloggeroid

SimpleHijab latest product!

( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته
 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Jumuah. Alhamdulillah hujan. Dah berapa hari hujan. Peluang untuk kita banyakkan berdoa sebab waktu hujan ni salah satu masa terbaik untuk berdoa.

Hah, dah lama kan tak update pasal SimpleHijab. Ni antara produk yang dijual oleh SimpleHijab:

1. Lovelia (Instant shawl 2 muka)


Lovelia in dark grey 1.jpg Lovelia in rosy brown 3.jpgLovelia in medallian yellow 1.jpg



Kalau nak tengok lagi warna-warna yang available, boleh ke SimpleHijab :D

2. ELOISA 

Eloisa In Deep LavenderEloisa In Ginger JarEloisa In MustardEloisa In CyanEloisa In Pink Bloom


Eloisa ni instant shawl satu muka. Yang ni lagi banyak warna. Memang rambang mata kalau tengok sebab semua cantik-cantik. Kalau nak cuci mata, sila terjah SimpleHijab cepat-cepat ^^

Jemput la singgah ke SimpleHijab yaa. Kalau beli, alhamdulillah, bertambah rezeki saya :')
Saya doakan rezeki anda-anda pon bertambah. Aminnn ^__^


Wednesday, 24 August 2016

Mirrorless camera hunting ^^//

Assalamualaikum.
Aku ni minat sangat fotografi. Ada cita-cita nak beli kamere sendiri. Doakan 😇

Tapi buat masa ni bajet tak mencukupi untuk beli kamere yang mahal-mahal. Aku hanya target untuk ada satu mirrorless camera. Sebab dia comel 🙊, ringan senang nak bawak tapiiii kualiti setanding dslr 📷.

Sekarang aku cari yang secondhand ja. Sebab niat aku nak belajaq dulu bagi pro 😏, bila dah 'kaya' dan pro, baru beli yang lagi canggih.

So, aku tengah aim used camera kat kldslr. Doakan aku cukup duit untuk beli. Nak sangat 😂



Moga niat aku ni diperkenankan oleh Allah. Aminn 😊😊

posted from Bloggeroid

Saturday, 20 August 2016

Menu minum petang : Churros

Assalamualaikum.

Biarlah gambar yang berbicara 😂



P.s: Resepi berasal dari youtube 😄

posted from Bloggeroid

Tuesday, 16 August 2016

Effect tukar ke 'HTTPS'

( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته
 بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum ni blogwalking, pastu ternampak la link kat blog tu 'https', warna hijau pastu yang ada mangga tu kan. So, aku pon nak la tukar kat blog aku bagi selamat sikit. Hahah 

Lepas tukar tu, bila tengok blog keesokannya, aku punya chatbox hilang. Ada gak terpikir, sebab tukar ke 'https' tu ka. Tapi time tu tak terdetik lagi nak tengok kesahihannya sebab ingat maybe ada masalah internet lambat ka apa.

Malam ni, bukak la balik blog, tapi, tengok still takdak chatbox tu. So, try la tukar balik ke 'http'.
Lepas tukar tu tengok dah ada balik chatbox tu.


Sebelum ubah balik ke 'http'


Selepas ubah ke 'http'

Taknak la buang chatbox tu sebab aku rasa chatbox tu penting jugak bila ada orang blogwalking ke blog aku, aku boleh singgah ke blog dia balik. So, memang taknak buang chatbox tu.

Patut ka aku stick kat 'http' ja? Ada cadangan macam mana nak selesaikan masalah aku ni ;( ?