Wednesday, 5 July 2017

Letak emoji dalam entry (tutorial?)

( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته
 بسم الله الرحمن الرحيم

Bestkan kalau boleh letak emoji dalam entry kita? Rasa macam hidup sikit entry kita tu. Hehe. 
Bagi aku la. Aku suka letak sebab nampak comel and bagi orang rasa semangat nak baca 😂 
*ya lah tu

Image result for emoji
Source: Google

Sebelum ni aku amik emoji dari 


yang kena copy dari web tu and paste dekat kita punya entry. Agak leceh la. 

Sampai la aku baru perasan rupanya sekarang dah ada emoji function dekat tempat post entry tu.


So, sekarang ni takyah la aku susah-susah nak copy and paste emoji dari web-web tu kalau nak masukkan. Harap berguna jugak la untuk orang lain

Monday, 3 July 2017

Segment July-August Bloglist by Sii Nurul

( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته
 بسم الله الرحمن الرحيم


Klik banner untuk join 😊

Sebagai permulaan aku nak aktif balik bogging ni, aku join segmen ni. Boleh la blogwalking ke blog-blog baru. InsyaAllah, kalau ada masa 😉

Sunday, 2 July 2017

AidilFitri 1438H

( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته
 بسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama jugak kan aku tak bersiaran. Tup tup dah raya dah. Alhamdulilah , lepas sebulan posa, kita sambut hari raya 😁

So, di kesempatan ni, aku nak ucapkannn,

🎶 Salam Aidilfitri,
Ibu ayah yang dicintaiiii, 
Maafkanlahhh anakmu inii, 🎶

Eh, termenyanyi pulak 😅 

Selamat Hari Rayaaa
Hakcipta Ilmannafia®️
 Kalau ada aku terbuat salah dan silap sepanjang aku berblogging ni, aku mintak ampun banyak-banyak lah. Mana tau ada yang terguris dengan kata-kata aku dala aku tak sedaq. Maafkanlah anakmu ini. Eh 😂. Saya budak baru belajaq, kalau salah tolong tunjukkan ☺️



Selingan. Gambaq malam raya, kedua, ke-3,ke-4 and ke-5 

Sunday, 14 May 2017

Kembali

( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته
 بسم الله الرحمن الرحيم

Lamanya tak menulis. Macam-macam masalah. 
Nak cakap tak cukup masa, banyak ja masa terluang.
Haritu cuti sem sebulan tak boleh nak update sebab laptop rosak.
Hilang terus mood. Haha.

Image result for come back

Ni pon tak tau la bila pulak nak update entry baru. SO malas!
Mungkin kena ada jadual kot baru nak teratoq hidup. 
Kena plan apa nak buat, so berdisiplin sikit kot aku.
InsyaAllah.

Sekarang ni pon dah dekat cuti sem dah. Boleh la aku aktif balik.
Laptop pon dah ok. 
Doakan aku rajin update benda-benda yang bermanfaat selain share aku punya daily life story. 

Till then, adios 
http://matcuoi.com

Friday, 25 November 2016

Wishlist for end of year 2016

Assalamualaikum.

Jumpa lagi kita setelah berbulan lamanya 😂
Nak berceloteh sikit pasal my wishlist.

First, aku harap sangat aku akan ada duit yang mencukupi untuk program GISO Perth aku bulan Feb tahun depan (paling penting).

Second, dapat beli a mirrorless camera (secondhand ja mampu) sebelum pegi Perth. Tapi kalau tak dapat, aku harap dapat pinjam abang aku punya DSLR untuk bawak pegi Perth 😂

Third and last, tukar fon baru (yang ni lepas Giso pon takpa) sebab nak jugak merasa a new phone 😍

Doakan aku. Tengah bekerja kumpul duit untuk tampung hidup. Hihi.

Jumpa lagi bila aku rajin nak up entry. Kihkih. Okbai 🙋

#iwish

posted from Bloggeroid

Wednesday, 26 October 2016

Iklan Nuffnang di blog!

( ^_^)/ السلام عليكم ورحمة الله وبركته
 بسم الله الرحمن الرحيم

Lama kan aku tak muncul. Malas petala ke-7. Pastu tadi bukak-bukak blog, terkezutt sebab ada IKLAN NUFFNANG. Omo omo aiyem so yeksaiteddd!
                                     
Image result for terkejut face
Source : Pakcik Google
                                                
Alhamdulillah. Harap-harap bertambah la rezeki aku.

Kalau ada sis-sis dan bro-bro yang rajin nak klik dan dah klik, jangan lupa inform dekat chatbox sana. So, aku boleh balas balik jasa-jasa kamuorang. Hehehe.

Kena rajin la lepasni update blog untuk tarik trafik.

Adios,
Hamba yang dah kering idea :P

Wednesday, 5 October 2016

Muet result!

Assalamualaikum. Harini result muet untuk sesi Julai dah keluaq. Alhamdulillah, aku dapat BAND __ 😗
*Rahsia* 😂

Syukur. Aku takut jugak kalau kena repeat lagi sekali. Tapi, Allah bagi kejayaan buat aku.



Alhamdulillah, boleh konvo dengan tenang nanti. Sebab kan kena lepas Band 3 sekurang-kurangnya untuk konvo. Bolehlah tersenyum lebar konvo nanti dengan first class degree sekali. Aminnn 😊 *eh*

Sesapa yang dah lepas, tahniah 🎉
Sesapa yang belum, cuba lagi. InsyaAllah, ada rezeki anda-anda ☺

Wassalam 👼

posted from Bloggeroid